Sunday 14 June 2015

SMK METHODIST ( A.C.S ) KLANG


SMK METHODIST A.C.S akan Mencegah Dadah

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)



Warga-warga A.C.S sedang menyanyi lagu "Dadah Durjana"




Unit Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan segala aktiviti Pendidikan Pencegahan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/AIDS supaya mencapai objektif-objektif seperti berikut :


  • Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah/ancaman penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids dalam kalangan pelajar, guru dan ibubapa.
  • Membina kekuatan dalaman pelajar dan menyediakan mereka dari segi mental dan tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/AIDS.
  • Mengesan pelajar yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan untuk proses bimbingan pemulihan sahsiah.
  • Memastikan tindakan segera diambil untuk membantu pelajar yang berisiko tinggi berkaitan penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/ Aids.
  • Memantau dan membimbing, membantu mengawal dan menyelia pelajar yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan supaya meninggalkan tabiat buruk mereka.
  • Mengesan, membantu, membimbing dan memantau murid supaya tidak terlibat dengan HIV / AIDS.
  • Mewujudkan perhubungan dua hala di antara guru dengan ibu bapa, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM, pertubuhan dan agensi lain atau masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah di dalam usaha mencegah penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/AIDS serta mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat.



















No comments:

Post a Comment